Jumaat, 2 April 2010

statistik anak luar nikah 2009

Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun 2009. Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.Dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).Puluhan Ribu Anak Luar Nikah Dilahirkan??Apa dah jadi? Dalam kesibukan para pemimpin Malaysia cuba mempertingkatkan ekonomi negara, bilangan anak luar nikah yang lahir dari rahim- ahim ibu umat Islam juga semakin meningkat. Dari statistik terkini ini, jumlah anak luar nikah yang dilahirkan oleh individu berbangsa Melayu/Islam sejak lima tahun lepas adalah 74,723 orang dengan 17,303 orang direkodkan pada tahun 2009. Mengapa jumlah anak- anak luar nikah ini semakin meningkat saban tahun? Apakah kita inginkan peningkatan peratusan ekonomi semata-mata, tapi dalam masa yang sama akhlak umat Islam semakin runtuh- seruntuhnya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan