Jumaat, 19 Februari 2010

DUHAI MUSLIMAH...RENUNGKAN BICARA HATIKU INI

Wahai wanita tidak bertudung

Sungguh cantik alunan rambutmu
Bebas menggerbang kemas terikat
Terserlah di bawah cahaya mentari
Mentari dunia yang tak sehebat neraka

Iaitu api yang akan membakar rambutmu
di hari akhirat hari penentu
maka hanguslah segalanya
hilanglah cantik rambutmu

tiada lagi yang terserlah
oleh itu jadikanlah dirimu
sebahagian daripada wanita-wanita bertudung


wahai wanita yang bertudung
sungguh cantik alas kepalamu
ringkas pendek tersempang rapi
tersembul jambul tertutup dahi
terserlah tubuh

menagap tidak dilindungi????????


rimaskah dengan tudung labuh ke dada????

panaskah dengan pakaian sedemikian rupa???


tidakkah kau ingat
kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar
menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar
mereka itu wanita yang tak bertudung


kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung
oleh itu jadikanlah dirimu

sebahagian daripada mereka yang bertudung
bertudung labuh hingga ke paras dada


wahai wanita bertudung labuh
sungguh cantik terlindung rambutmu
sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu
yang terzahir jelas gaya kesopananmu
mengaburi segala yang tersirat di hati
hanya diri sendiri yang menghakimi
mungkin suci ikhlas kerana ILLAHI

atau berdebu dengan sebab duniawi
riak wajah nampak tawadhu'
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk
alangkah ruginya andai benar begitu

kerna azab masih tak terlepas darimu
serpalah sahaja dirimu ditunggu
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung
sama dengan mereka yang menyempang tudung
oleh itu jadikanlah dirimu
sebahagian mereka yang bertudung
bertudung labuh hingga keparas dada
tersemat jua bersamanya rasa taqwa



Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,

Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang terdahulu
Mujahidah yang berdakwah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan